Cara remove virus shortcut dengan command prompt (CMD)
Ini adalah cara yang paling popular.
Pada kali ini saya menggunakan Windows 7 untuk menunjukkan cara yang betul menghapuskan virus degil ini.
Pastikan anda membaca langkah demi langkah di bawah dengan teliti.
Sebelum itu, pastikan komputer yang anda gunakan bebas daripada virus.
Jika tidak, virus shortcut akan muncul semula kerana anda tidak membersihkan punca merebaknya virus ini.
Mari kita teruskan…
Sambungkan pen drive anda kepada komputer meja atau laptop anda.
Sila imbas (scan) terlebih dahulu pen drive anda dengan menggunakan perisian antivirus yang boleh dipercayai (reliable).
Setelah proses mengimbas selesai, klik butang Start dan taip cmd. Kemudian klik kanan pada cmd
dan pilih Run as administrator.
Saya ulangi, pastikan anda pilih Run as administrator.
Klik butang Yes sekiranya ada tetingkap kecil yang muncul.
Salin dan tampal (copy and paste) kod di bawah dan tekan kekunci Enter:
ATTRIB -H -R -S /S /D G:\*.*
Nota: Tukarkan huruf G mengikut huruf pada pen drive anda.
Jika huruf pen drive anda adalah F, taip huruf F. Tunggu sehingga arahan (command) kedua keluar.
Apabila telah muncul, pen drive anda telah siap dibersihkan dan tidak lagi menjadi pintasan (shortcut).
Setelah selesai tutup cmd tersebut.
Lihat semula kandungan pen drive anda.
Jika fail dan folder asal masih tiada di dalam, kemungkinan fail dan folder tersebut masih tersembunyi.
Apa yang perlu anda lakukan ialah klik pada butang Start kemudian pada ruangan Search programs and files taip folder options.
Pilih Folder Options seperti yang ditunjukkan pada gambar di bawah ini.
Tetingkap Folder Options akan muncul.
Klik pada tab View kemudian tandakan tanda semak (tick) pada Show hidden files, folders, and drives.
Setelah selesai klik butang Apply.
Jika semuanya berjalan lancar, anda sepatutnya sudah boleh melihat semula kandungan pen drive anda.
Pilih fail atau folder anda kemudian klik kanan dan pilih Properties.
Pada bahagian Attributes buang tanda semak (untick) pada kotak Hidden.
Klik butang OK.
Sekiranya tetingkap Confirm Attribute Changes muncul, anda hanya perlu menekan butang OK.
Jangan lupa untuk mengembalikan tetapan di Folder Options kepada tetapan asal. Pada tetingkap Folder Options klik butang Restore Defaults.
Setelah selesai klik butang OK seperti yang ditunjukkan pada gambar di bawah.
ARTIKAL SUMBER:
COPYRIGHT © 2018 AFTECH COMPUTER SOLUTIONS.
WORDPRESS HOSTING BY NETKL
No comments:
Post a Comment