Thursday, 15 February 2018

ISU BARANG TIRUAN



PUNCA BARANGAN TIRUAN BANYAK DIKELUARKAN DAN DIJUAL


1. Kemunculan sikap mengagung-agung barangan berjenama - terutama dalam kalangan masyarakat yang tidak berkemampuan / berpendapatan rendah - ingin bergaya - mempercayai bahawa penggunaan barangan berjenama meningkatkan imej dan status - beli yang tiruan dapat mengisi kepuasan diri itu.

2. Harga yang murah menyebabkan permintaan menjadi tinggi -rupa fizikal hampir sama dengan produk asal/ kualiti pula ada yang tinggi,- cth jersi bolasepak dikategorikan dalam gred A,B, dan C. Barangan asli pula terlalui tinggi misalnya, jersi asli RM 200 dan ke atas. Kos pembuatan pula lebih murah, modal jualan juga rendah - ini semua menggalakkan perniagaan barangan tiruan.Selain itu isu terkini yang menyatakan bahawa terdapat telur ayam dan beras tiruan.


3. Kesedaran tentang harta intelek dan ilmu kepenggunaan yang rendah dalam kalangan masyarakat - menganggap berjual beli barangan tiruan bukan kesalahan besar.

4. Penguatkuasaan undang-undang yang lemah - tindakan bermusim - bertindak berdasarkan laporan sahaja - sukar kawal sebab melibatkan jumlah orang terlibat yang banyak - KPDNHEP pula kurang kakitangan - wujud pula masalah rasuah dalam kalangan penguatkuasa- undang-undang tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan.


CONTOH MAKANAN TIRUAN

No comments:

Post a Comment