Monday 16 April 2018

MEMASANG KABEL


Pada minggu-minggu yang lalu .kami sekelas diberi tugas oleh Pn.Anaruzi untuk melakukan satu tugasan dimana kami harus memasang kabel utp.Sebelum memasang kabel kita harus memastikan tangan berada dalam keadaan yang kering dan tempat pemasangan hendaklah selamat.Kami pasang kabel secara berkumpulan.Kami dapat memasang dengan berjaya selepas beberapa minit.


MENGEMAS MAKMAL APLIKASI

Pada 21 februari..


Semua pelajar Sem 2 TKS diminta untuk mengemaskan makmal aplikasi. Kami semua melakukan aktiviti mengemas ini dengan kaedah 5s. Dimana pada mulanya kami menagihkan semua pc dan monitor ke tempat lain kerana hendak mengelap meja yang telah berhapuk.Selepas itu kami mula mencuci monitor dengan menggunakan kain..untuk bahagian dalaman PC kami menggunakan blower untuk membuang semua habuk-habuk kecil yang ada dalam PC  tersebut.Selepas semua  PC selesai blower kami pun memulakan pemasangan komputer ditempat yang asal.


CARA MEMBUANG VIRUS KAPERSKY



Pada 30 March 2018 yang lalu saya dan rakan kelas  dapat mempelajari satu ilmu baru iaitu cara membuang virus bersama yang diajar oleh  Encik Fuad . Program ini diadakan di makmal ict .Kami diajar cara cara untuk mengesan dan membuang virus dengan lebih mendalam dan mudsah . Ia terdapat pelbagai langkah yang perlu diingat untuk melakukan kerja membuang virus . Kami diterangkan mengenai ini dengan lebih mendalam . Pelajaran ini mengambil masa lebih kurang sejam jugaa laa..Dengan ilmu yang diajar oleh Encik Fuad ini..saya dapat membuang virus dengan mudah .





TENGOK WAYANG 'DUKUN'

Pada hari rabu minggu lepas...selepas balik dari kelas saya bersama rakan yang lain pergi tengok wayang cerita dukun.Pada mulanya saya hanya bergurau dengan hanis untuk pergi tengok wayang tak sangka lakk dia leh buat serius...hanis pun kalot laa search tengok masa dan tempat tayangan.Kami ambik keputusan untuk tengok dekat Pacific disebabkan masa yang ditayangkan pukul 5.30 petang..jadi sempatlah kami nak p sana lepas balik dari kelas.


Sampai jaa disana kami terus menaiki lif dan terus membeli tiket.Masa tayangan lebih kurang sejam lebih..cerita dukun ni tak la seram punn..dia cuma ceritakan balik tentang seorang perempuan yang mengamalkan ilmu hitam.Selepas sejam berlalu ..akhirnya habih juga cerita dukun tuuu..rasa seronok sangat dapat tengok wayang ramai-ramai macam nii  harap nanti dapat tengok lagii laaaa..hihihi.

MAKAN CENDOL

Pada minggu lepas ..selepas balik dari kelas .saya bersama rakan yang lain pergi makan cendoi di taman sutera. Pada mulanya kami bercadang untuk pergi 4 orang jaa.. tapi tak sangka lak ada juga yang nak ikut  sekali .. Dengan cuaca yang panas ..makan cendoii memang best hilang habih rasa dahaga gan panas tuu...lepas ja habih makan kami sembang-sembang sat .dalam beberapa minit lepas tuu.kami pun balik ke rumah memandangkan hari pun dah nak gelap.





HIKING BERSAMA KELUARGA

Pada 1 April - Saya bersama keluarga bersama-sama mendaki bukit H .Kami bertolak dari rumah seawal 7.30 pagi.Sebelum bertolak kami sarapan terlebih dahulu kerana takut pengsan semasa hendak mendaki nanti...selepas selesai sarapan kami pun bertolak ke sana. Sampai disana kira-kira pukul 8.00 pagi ,sebelum memulakan aktiviti ini kami memanaskan badan terlebih dahulu.Selepas 10 minit saya dan ahli keluarga memulakan aktiviti ini..


Semasa hiking saya dapat melihat keindahan alam dan dapat melihat suasana yang sangat indah.Dipetengahan jalan ..saya berasa sangat penat dan hampir putus semangat untuk terus mendaki walaubagaimanapun saya tetap teruskan disebabkan dorongan dan semangat yang diberi oleh adik saya.

FIT RUN MALAYSIA 2018





Pada 17/04/2018- Semua pelajar ILP sem 1 dan 2 telah diwajibkan menyertai aktiviti fit run malaysia yang bertempat di Politeknik Seberang Jaya. Seramai 20 ribu orang yang menyertai aktiviti ini.Kami berkumpul seawal 7.30 pagi keadaan disan sangat laa sesak ..aktiviti larian ini bermula pukul 7.45 bagi yang enyertai larian 5KM. Terdapat pelbagai aktiviti yang dijalankan disana anatanya larian 5KM,larian 10KM dan lumba berbasikal serta zumba.