Pada 1 April - Saya bersama keluarga bersama-sama mendaki bukit H .Kami bertolak dari rumah seawal 7.30 pagi.Sebelum bertolak kami sarapan terlebih dahulu kerana takut pengsan semasa hendak mendaki nanti...selepas selesai sarapan kami pun bertolak ke sana. Sampai disana kira-kira pukul 8.00 pagi ,sebelum memulakan aktiviti ini kami memanaskan badan terlebih dahulu.Selepas 10 minit saya dan ahli keluarga memulakan aktiviti ini..
Semasa hiking saya dapat melihat keindahan alam dan dapat melihat suasana yang sangat indah.Dipetengahan jalan ..saya berasa sangat penat dan hampir putus semangat untuk terus mendaki walaubagaimanapun saya tetap teruskan disebabkan dorongan dan semangat yang diberi oleh adik saya.
Selepas beberapa minit mendaki..akhirnya saya sampai ke kemuncak bukit tersebut.Suasana di atas sana sangat indah dimana saya dapat melihat bandar Sungai Petani.Udara disana sangat laaa segar ..dengan pemandangan yang cantik membuatkan saya rasa puas hati kerana dapat sampai ke kemuncak bukit H. Saya harap nanti dapat pergi bersama rakan pulakk
No comments:
Post a Comment