Wednesday, 14 February 2018

Kem Permekasaan Belia KAMC

KEM PERMERKASAAN BELIA DI PERKAMPUNGAN ACHEH





Pada 15 September 2017, Saya telah mengikuti Kem Permekasaan Belia KAMC di Perkampungan Acheh,Yan KEDAH. Kem ini berlangsung selama 3 hari.Seramai 30 orang pelajar ILP yang menyertai kem ini.Selain pelajar ILP, terdapat pelajar IKBNBM dan GIATMARA JELUTONG yang turut sama menyertai kem ini.


Pada hari pertama saya tiba disana kira-kira pukul 2 Petang kami semua terus diberi bilik untuk berehat sebelum memulakan aktiviti yang pertama.Aktiviti yang dijalankan adalah aktiviti yang sangat santai memandangkan ianya hari pertama kami disitu.Dengan adanya aktiviti ini,hubungan pelajar ILP dan pelajar dari institut lain semakin erat.Selepas selesai melakukan aktiviti ini kami semua dibahagikan dalam beberapa kumpulan.Setiap kumpulan mempunyai nama kumpulan masing-masing.Setelah selesi memikirkan nama kumpulan kami semua bersurai ke bilik masig-masing.



Selepas solat maghrib kami berkumpul semula di dewan tersebut untuk menjalankan aktiviti yang seterusnya.Aktiviti kali ini sangat menarik kerana kami perlu membuat satu LOGO yang melambangkan tokoh-tokoh yang terkenal secara berkumpulan.Setelah selesai aktiviti ini kami semua pergi makan dan balik ke bilik untuk berehat sebelum memulakan aktiviti pada pagi esok.


Pada hari kedua kami memulakan aktiviti senaman seawal 8 pagi sebelum sarapan pagi.Dalam aktiviti senaman ini saya dapat belajar sedikit sebanyak tentang cara untuk berkawat.Aktiviti senaman pada waktu pagi di situ sangatlah menarik kerana udara sangat bersih.Selepas habih senaman kami semua pergi sarapan dikantin.Setelah selesai sarapan kami semua berkumpul di dewan mengikut kumpulan masing-masing.Aktiviti kali ini ialah RUNNING MAN aktiti ini dapat mengeratkan hubungan dalam kumpulan.Pada waktu malam pula kami menjalankan aktiviti yang sangat menguji kesabaran..dimana kami perlu membawa bola ping pong didalam batang paip untuk dimasukkan ke dalam botol .Sebelum bersuraii kami mendengar ceramah terlebih dahulu sebelum bersurai.


Pada hari terakhir sebelum balik ke institut masing-masing kami menjalankan aktiviti gotong-royong membersihkan tempat tersebut.Semua pelajar berkumpul di dewan untuk kali terakhir.hmmm .Kem ini memberi saya satu pengalaman yang paling bermakna kerana dapat berjumpa kawan-kawan baru dari institut yang berbeza.Kenangan disana tidak akan saya lupakan



No comments:

Post a Comment